NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKPB di Mukim Klang sahaja - Ismail Sabri



Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Klang hanya membabitkan Mukim Klang sahaja dan akan berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri Besar Selangor.

"Semalam saya mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPB di Klang yang akan berkuatkuasa pada 9 Oktober, selepas mendapat nasihat daripada KKM dan berbincang dengan Menteri Besar Selangor, mesyuarat bersetuju PKPB di Klang adalah di Mukim Klang.

"Walau bagaimanapun, kerajaan masih berbincang dengan kerajaan Selangor mengenai kawasan dan lokaliti yang terbabit dan akan mengumumkan selepas ia ditentukan," katanya pada sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan kegiatan ekonomi dan bekalan barangan serta makanan tidak terjejas, mesyuarat juga bersetuju membenarkan aktiviti ekonomi beroperasi.

"Antaranya pasar borong dibenarkan beroperasi dari jam 4 pagi sehingga 2 petang, pasar biasa bermula jam 6 pagi sehingga 2 petang dan pasar tani bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengahari namun operasi pasar malam tidak dibenarkan.

"Kedai-kedai makan, gerai dan warung juga boleh dibuka tetapi terhad dari jam 6 pagi sehingga 10 malam dan hanya untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta bungkus sahaja," katanya.

Menurutnya, pengangkutan awam seperti bas, teksi termasuk e-hailing dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

"Mesyuarat juga bersetuju Pelabuhan Klang beroperasi seperti biasa.

"Senarai lebih terperinci kegiatan ekonomi yang dibenarkan dan tidak dibenarkan akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam masa terdekat," katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/628681/pkpb-di-mukim-klang-sahaja-ismail-sabri


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo