NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kabinet Sabah: Cina Sanggup Mati Berdiri Daripada Hidup Melutut!

BANGI, 14 Safar 1442H, Jumaat – Polemik berkenaan isu wakil Cina dalam Kabinet Sabah memasuki fasa baharu apabila dilaporkan, netizen berbangsa itu tidak kisah sekiranya tiada kehadiran kaum mereka dalam kerajaan.

Sebelum ini, Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Sabah (Dong Zong Sabah) mendesak supaya diletakkan wakil masyarakat Cina dalam Kabinet Sabah.

Tindakan itu dibidas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan berkata, masyarakat Cina di Sabah tidak perlu meminta kuota meletakkan pemimpin mereka sebagai wakil dalam Kabinet kerajaan negeri berdasarkan atas prinsip meritokrasi.

 
Beliau berkata, ini kerana parti DAP yang menang enam daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di semua kawasan majoriti penggundi kaum Cina.

Mengulas perkara itu, netizen Cina dalam laman Facebook Malaysia Sin Chew Daily kebanyakannya mengecam kenyataan Ahmad Shabery itu.

Pengguna dikenali sebagai Wong Haw Chong berkata, orang Cina kuat dan berdaya tahan, selain sanggup mati berdiri serta tidak sanggup hidup melutut.

Turut sependapat adalah Wai Kiet Lim yang secara sombong berkata, Cina tidak peduli akan perkara itu, malah mendakwa bahawa kaum itu mampu berdikari dan kuat.

“Kami orang Cina dari dulu bergantung pada diri sendiri, sekarang pun kami berdikari dan kuat,” tulis LK Chen Chen.

Bukan itu sahaja, pengguna Foo On Desmond Lau turut bertindak biadab apabila mendakwa, rakyat Malaysia hanya bergantung kepada kaum Cina.

“Kalau tiada orang Cina di Malaysia kalian makan tahi lah sohai (bodoh),” katanya.

Malah, Minzhi Liew tidak kurang dengan kelantangannya apabila berpendapat bahawa Cina tidak akan mati kebuluran sekiranya tiada menteri dalam kerajaan.

“Yang kebuluran ialah si katak lompat,” katanya.

Thameong Teh pula meminta supaya Ahmad Shabery pergi ke masjid selain berkata, tanpa kaum Cina, Melayu tidak mampu mencari makan.

“…only Chinese can keep their money for Malay. It happen to all ex politicians leaders. Inclusing Indonesia Chinese less than 3 percent economic still depending from Chinese can you understand,” katanya.

Sumber : https://ismaweb.net/2020/10/02/kabinet-sabah-cina-sanggup-mati-berdiri-daripada-hidup-melutut/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo