Dr Noor Hisham Jalani Kuarantin Kendiri Di Rumah


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kini menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.

Bahagian Komunikasi Korporat kementerian itu mengesahkan kepada media bahawa Noor Hisham tidak akan menghadiri taklimat jam 5.30 petang ini di Putrajaya.

"Halaman Facebook Kementerian Kesihatan akan melakukan siaran langsung PC DG hari ini pada jam 5.30 petang dari rumahnya tanpa kehadiran media," kata seorang wakil Komunikasi Korporat KKM.

Mereka meminta agar pihak media menyiapkan sebarang pertanyaan untuk dikirim kepadanya.

"DG akan menjawab soalan-soalan yang sesuai," kata wakil itu. 

    

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post