NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Demi Kuasa. DAP Tiada Masalah Bersama UMNO

DAP tiada masalah untuk bekerjasama dengan UMNO dalam ‘kerajaan baharu’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjelaskan perkara itu, Pe­ngarah Komunikasi Parti Ama­nah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad berkata, terdapat beberapa syarat yang harus dipatuhi UMNO jika ingin menjadi sebahagian daripada kerajaan yang dibentuk nanti.

“DAP tak ada masalah, kalau sokong tak ada syarat dan tak pegang apa jawatan, tidak tuntut supaya kes tak ada ditangguh dan sebagainya, kita okay sahaja, DAP pun tak masalah untuk bekerjasama dengan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Anwar sebelum ini mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti anggota parlimen untuk mengambil alih Putrajaya.

Sokongan itu termasuklah daripada ahli parlimen UMNO apabila Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana ahlinya yang ingin menyokong kerajaan baharu tersebut.

Kenyataan itu bagaimanapun diselar oleh DAP apabila Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan, parti itu tidak akan bekerjasama dengan UMNO di bawah kepemimpinan Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Razak.

Ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelmarin, Anwar tidak menyerahkan senarai nama yang didakwa menyokong beliau, sebaliknya hanya menyatakan yang beliau mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup.

Berikutan itu, Seri Paduka akan bertemu dengan setiap ketua parti untuk pengesahan.

Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu sepatutnya menghadap baginda semalam, namun ditangguhkan ke satu tarikh ditetapkan kemudian dan begitu juga pertemuan dengan Ahmad Zahid.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo