NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah Umno Mempunyai Kelebihan Sebagai King Maker?


Langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini masih belum menampakkan gambaran jelas ia akan berjaya, apabila istana mengumumkan Anwar hanya memaklumkan jumlah tetapi tidak nama-nama ahli parlimen yang menyokong beliau. Walaupun ada rasional langkah tersebut namun ia cukup anti klimak dan untuk seketika, ia menjadi ‘bahan jenaka rakyat’.

Namun apa yang pasti, langkah Anwar bukan juga satu langkah yang tidak memberi kesan apa-apa, ia tetap satu langkah sebenar yang memang pada dasarnya mempunyai asas sokongan. Namun kata kunci kejayaan langkah ini adalah dengan ahli parlimen Umno samada mereka menepati janji untuk menyokong beliau. Dengan erti kata lain, semuanya terletak pada sokongan dan dokongan MP Umno terhadap beliau.

Begitu juga kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, jatuh atau kekal kerajaan Muhyiddin hari ini juga adalah terletak pada Umno.

Umno sekarang mempunyai kelebihan sebagai king makerMuhyidin Out atau Muhyiddin Kekal terletak di tangan Umno.

Anwar In atau Anwar kekal ‘bakal’ juga di tangan Umno.

(Fuhh, celaka natang ni bijok sungguh strategi politik dia. haha – komen dalam hati)

Semalam Biro Politik Umno telah bermesyuarat, menggunakan kelebihan sebagai ‘King Maker’.  Keputusan pertama yang keluar adalah “pertimbangkan” untuk menarik diri dari menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan memberi syarat baharu kepada kerajaan Perikatan Nasional jika mahu meneruskan kerjasama politik.

Bacalah macam mana pun, menurut aku, frasa tersebut merupakan ‘ugutan jelas’ Umno kepada Perikatan Nasional umumnya, dan Bersatu khususnya.

Perkataan ‘membuat pertimbangan untuk menarik sokongan’ yang digunakan, bermaksud keputusan itu telahpun dibuat, jelas secara atas kertas, kerajaan Muhyiddin telah pun kehilangan majoriti dan tumbang pada malam tadi.

Namun edahnya masih ada untuk rujuk, cerai talak satu sudah keluar, namun tempoh ‘edah’ ini tidak lama, iaitu hanya sehingga 15 Oktober jam 5 petang iaitu pada pertemuan Presiden Umno dengan YDPA.

Jika syarat baharu Umno dipenuhi, maka mungkin Umno akan merelakan kembali untuk sekatil dengan Pas dan Bersatu, menyatakan sokongan padu secara en bloc kepada kerajaan Perikatan Nasional dan Langkah Anwar terkubur. Yang pastinya, sangat menarik untuk mengetahui syarat syarat terbabit.

Muhyiddin hampir pasti akan menunaikan segala syarat baharu Umno, kerana ia antara hidup dan mati Bersatu dan kerajaan Perikatan Nasional.

Anwar pula, kurang pasti sejauh mana sebenarnya kekuatan move beliau kini. Adakah masih mempunyai plan B kerana ternyata Umno dilihat telah mengambil kesempatan terhadap Langkah Anwar sepenuhnya untuk kepentingan dan kelebihan kepada mereka.

Masih terlalu awal untuk mengandaikan Langkah Anwar berjaya atau gagal, sinar kejayaan itu ada walau sedikit kelam, kini tinggal doa dan munajat kepada Allah. Masa akan menentukan dan tiada apa dapat dilakukan selain menunggu. 

MUAMMAR QADDAFI MOHD NASIR

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo