NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO, BN hanya sokong PN – sekali lagi Tok Mat menegas



Umno masih lagi mendokong dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

"Setakat masa ini, Umno masih lagi bersama mendokong dan dan menyokong kerajaan PN.

"Sebarang perubahan pendirian sokongan mestilah di putuskan oleh parti," katanya.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan baru.

Menjawab soalan wartawan, beliau berkata majoriti yang diperolehi adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

"Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil.

"Bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya ketika sidang media.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo