NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Turun Cermin Kereta Untuk Elak Keracunan Gas Adalah Tidak Tepat - KKM


KUALA LUMPUR, 22 Sept —
 Tips menurunkan cermin kereta kononnya dapat mengelakkan pemandu dan penumpang kereta daripada keracunan gas ketika tidur adalah tidak tepat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebaliknya berkata tindakan paling selamat adalah keluar dari kenderaan dan berehat di tempat yang mempunyai kitaran udara yang baik.

“Dakwaan bahawa tidur dalam kenderaan sambil menurunkan cermin adalah selamat dan boleh mengelak daripada keracunan gas adalah tidak tepat.

“Tindakan selamat ialah keluar dari kenderaan anda dan berehat di tempat yang mempunyai kitaran udara baik, segar dan selamat,” catat KKM di Twitter.

Katanya tidur dalam kereta boleh mengakibatkan kematian kerana apabila enjin dihidupkan dalam jangka panjang, kebocoran gas karbon monoksida boleh berlaku daripada ekzos yang masuk ke dalam ruang penumpang. 

 Khamis minggu lalu empat sekawan, tiga daripadanya meninggal dunia dan seorang kritikal akibat keracunan gas karbon monoksida ketika sedang berehat di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ketika kejadian semua gadis yang berusia 21 tahun itu berhenti di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak. - MM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo