NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahniah! Beza Usia 34 Tahun Bukan Halangan Perkahwinan

MELAKA: Beza usia 34 tahun bukan halangan buat Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang dan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Ashraf untuk mendirikan rumah tangga.

Zaleha yang berusia 62 tahun dan Ashraf, 28, disatukan pada Jumaat lalu.

Ahli politik itu sudah lebih lima tahun bergelar ibu tunggal selepas pemergian suaminya.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Akmal Saleh menjadi saksi pada majlis pernikahan pasangan itu di Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.

Menurut Dr Akmal, pasangan itu mula mengenali antara satu sama lain di satu majlis di rumah seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita di Melaka beberapa tahun lalu.

Selepas saling mengenali, Zaleha dan Ashraf mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Zaleha ketika dihubungi oleh Sinar Harian turut memaklumkan beliau dan suami akan berbulan madu di Cameron Highlands, Pahang.

Gambar-gambar pernikahan Zaleha dan Ashraf tular di media sosial sejak Jumaat.

Sebilangan besar netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu yangf membuktikan usia bukan halangan untuk dua jiwa disatukan menerusi ikatan pernikahan. - Awani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo