NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah : PAS Beri Laluan Demi Muafakat


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

1. PAS menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah (PRN Sabah), setelah usaha rundingan dimuktamadkan.

2. Dalam hal ini, PAS mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan bagi memastikan pertandingan dua penjuru dapat diserlahkan dalam PRN Sabah, demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik di masa mendatang. 

3. Keutamaan PAS adalah persiapan untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka dalam masa terdekat, di samping komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

4. Sokongan jentera dan ahli-ahli PAS dalam PRN Sabah tetap akan digerakkan mengikut keperluan di peringkat setempat.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 23 Muharram 1442 / 11 September 2020

https://www.facebook.com/146911248727335/posts/3270011686417260/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo