NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama PRN Sabah, Amanah Yakin Dapat Rampas Kedah dalam PRU15


ALOR SETAR: Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin dapat merampas Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berdasarkan persefahaman ditunjukkan dalam persepakatan bersama Parti Warisan Sabah (WARISAN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi, berkata Pakatan Harapan (PH) Kedah tetap berpeluang merampas kembali negeri itu pada PRU-15.

Katanya, AMANAH tidak bergerak sebagai parti individu, malah mempunyai gabungan dengan persefahaman baik seperti dibuktikan dalam persepakatan bersama WARISAN dalam pemilihan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Pihak lawan banyak berlaku pertembungan untuk membahagikan kerusi pada PRN Sabah. Kita yakin di Semenanjung, kita akan tolong-menolong dan tidak mempunyai masalah, sekali gus memberi kelebihan kepada kita.

"Di Kedah, kita agak kuat kerana ada kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan Parlimen. Kita mempunyai peluang menarik orang Melayu berikutan kini mempunyai penambahan ahli yang hebat termasuk di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang AMANAH di Kedah berikutan majoriti kerusi di negeri itu akan ditandingi PAS, selain Terengganu dan Kelantan.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Kota Bharu, berkata isu pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU-15 dalam Perikatan Nasional (PN) setakat ini sudah banyak diselesaikan.

Phahrolrazi yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah berkata, ramai ahli PAS kecewa dengan tindakan parti itu bekerjasama bersama Barisan Nasional (BN), malah ada ulama di Kelantan kini menyokong AMANAH.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya, berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan PAS Pusat dalam menentukan jumlah kerusi DUN dan Parlimen yang bakal diwakili parti itu pada PRU-15.

Ahmad berkata, perkara itu belum dimuktamadkan kerana masih di peringkat rundingan seperti dimaklumkan Presiden PAS.

"Ada lagi kerusi masih dalam rundingan, biar pemimpin peringkat pusat memuktamadkan berapa jumlah kerusi kami di Kedah.

"Kami akan terima berapa jumlah kerusi PAS di Kedah kerana kita sekarang berada dalam gabungan PN yang turut ada Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)," katanya.

Mei lalu, PN membentuk kerajaan negeri baharu di Kedah selepas mendapat sokongan 23 ahli dewan undangan negeri (ADUN) termasuk daripada BERSATU.

Berikutan itu, komposisi DUN Kedah menyaksikan perubahan apabila PAS kini menguasai 15 kerusi, manakala PKR (lima); AMANAH (empat); BERSATU (enam); UMNO (dua) dan Bebas (dua

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo