Tidak Sedar Baju Sembahyang Ada Najis

SOALAN :

Jika seorang itu sembahyang dalam keadaan tidak cukup syaratnya seperti memakai pakaian yang ada najis tetapi dia tidak sedar adakah wajib kena qadha semula sembahyang yang telah dia kerjakan?


JAWAPAN :

Setengah daripada syarat sah sembahyang ialah suci badan dan pakaiannya dari najis yang tidak dimaaf.

Oleh itu siapa yang sembahyang dengan memakai pakaian yang bernajis nescaya sembahyangnya itu tidak sah walau pun banyak yang telah dia kerjakan sekali pun dia tidak menyedarinya.

Apabila sembahyang yang dia telah kerjakan itu tidak sah maka wajib atasnya qadha  sembahyang itu kerana tidak gugur kewajipan qadha dengan alasan tidak sedar.

Cuma orang yang tidak sedar atau tidak sengaja sembahyang dengan pakaian yang bernjais dia tidak berdosa.

Telah berkata Imam Taqiyuddin :

إِذا صلى بِنَجَاسَة لَا يُعْفَى عَنْهَا وَهُوَ جَاهِل بهَا حَال الصَّلَاة سَوَاء كَانَت فِي بدنه أَو ثَوْبه أَو مَوضِع صلَاته فَإِن لم يعلم بهَا أَلْبَتَّة فَقَوْلَانِ الْجَدِيد الْأَظْهر يجب عَلَيْهِ الْقَضَاء لِأَنَّهَا طَهَارَة وَاجِبَة فَلَا تسْقط بِالْجَهْلِ 

Artinya : “Apabila seorang telah sembahyang dengan najis yang tidak dimaafkan daripadanya dan dia tidak tahu dengan najis itu pada ketika sembahyang samada najis itu pada badannnya atau pakaiannya atau tempat sembahyangnya maka jika tidak diketahuinya dengan najis itu sama sekali maka ada dua qaul (pendapat). Qaul yang jadid yang zahir ialah wajib atasnya qadha kerana sungguhnya bersuci itu wajib maka tidak gugur ia dengan sebab tidak mengetahuinya." (Kitab Kifayatul Akhyar)

wallahua’lam 

ustaz azhar idrus

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post