Tahukah anda? Anda akan dihadapkan ke Mahkamah jika guna telefon semasa memandu



Umum mengetahui, penggunaan telefon semasa memandu atau menunggang kenderaan adalah antara penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya. Namun, nampaknya masih ramai yang tidak mengendahkan perkara ini. Oleh itu, berkuatkuasa pada 6 Julai 2020, pemandu yang menggunakan telefon semasa memandu bakal dihadapkan ke mahkamah.

Di bawah kaedah 17A, LN166/59, kesalahan tersebut telah dikategorikan sebagai saman yang tidak boleh dikompaun dan kes perlu diselesaikan di mahkamah.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, hukuman denda bakal dikenakan sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali

Sumber: https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/photos/a.710790042264639/3451088088234807

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post