NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahniah YB Menteri Dato’ Ustaz Dr. Khairuddin At-Takiri kerana berjiwa besar memohon maaf dan mendermakan semua 6 bulan gaji!



Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telahpun mengeluarkan Kenyataan Rasmi mengenai isu pematuhan SOP KKM oleh YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Ustaz Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri. Beliau telah dikenakan kompaun RM1,000 oleh KKM.

Saya juga dengan ini ingin mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Menteri yang berjiwa besar memohon maaf atas kekhilafan. Bahkan lebih daripada itu beliu turut mendermakan semua gaji beliau dari Mac sehingga Ogos 2020 kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19) sebagai menunjukkan rasa kebertanggungjawaban terhadap apa yang telah berlaku.

Berikut Kenyataan Media daripada Pejabat YB Dato’ Menteri yang dikeluarkan sebentar tadi:

______________________
KENYATAAN MEDIA

PEJABAT MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Alhamdulillah. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW.

1. Merujuk kepada Kenyataan Media Rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam isu SOP PKPP, saya dengan ini memohon jutaan kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan yang berlaku.

Sebagai Menteri, saya bertanggungjawab untuk akur kepada peraturan dan SOP sepanjang tempoh PKPP.

2. Sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab, saya juga dengan ini akan memulangkan semua gaji saya sebagai Menteri untuk bulan Mei hingga Ogos 2020 sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Gaji Mac dan April 2020 juga telah disumbangkan sebelum ini ke Tabung tersebut sebagaimana keputusan Kabinet.

3. Saya juga akan terus bekerja keras dan melipat-gandakan lagi segala usaha dan tenaga saya untuk melaksanakan tugasan amanah sebagai Menteri bagi memastikan semua rakyat yang terlibat di bidang perladangan dan komoditi, khususnya lebih sejuta pekebun kecil B40 sentiasa mendapat manfaat dan terbela kebajikan mereka.

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI,
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Tarikh: 22 Ogos 2020.

—————————————————

Lebai Engineer;
Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
Yang Berempati Bersama YB Dato’ Menteri.

https://www.facebook.com/100009760117468/posts/1266446013690724/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo