NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN12: Abang Johari Beri Gambaran GPS Perkenal Wajah Baru




KETUA Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memperkenalkan wajah baru dalam pilihanraya negeri akan datang.

Katanya, ini berikutan ada wakil rakyat menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi masing-masing.

Ujar beliau juga, sudah menjadi lumrah penyandang veteran memberi peluang kepada pemimpin muda terutama sudah tiba masa untuk mereka mengundurkan diri.

“Kemungkinan ada wajah baru dalam pemilihan akan datang. Terdapat ahli politik yang menyatakan hasrat mereka untuk berhenti dalam arena politik.

“Contohnya, Datuk Abdul Wahab Aziz yang membuka jalan kepada pemimpin muda untuk bertanding di kawasan Kelaka,” katanya semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Paloh, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Abang Johari menasihati pemimpin muda GPS agar tidak terburu-buru mengejar jawatan dalam parti kerana bukan mudah untuk mempelajari sistem pentadbiran negeri.

“Orang muda kadang-kadang mengikut emosi. Mereka ibarat bot laju. Jika dipandu terlalu laju, bot akan terlanggar batang balak dan terbalik.

“Mereka perlu dibimbing dan harus mempunyai pengalaman sebelum diamanahkan menjadi pemimpin kerana tidak mudah mentadbir Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya. - TvSarawak

UnReportedNews™️®️ #iamSarawakian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo