NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peguam fail saman Lembaga Pengampunan bebas Anwar

Putra vice-president Mohd Khairul Azam Abdul Aziz addresses a press conference at the party headquarters in Kuala Lumpur December 26, 2019. — Picture by Hari Anggara

PEGUAM Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan saman terhadap Lembaga Pengampunan dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pihak lembaga itu pada 16 Mei 2018.

Dipetik BH Online, Mohd Khairul Azam berkata, beliau mempersoalkan komposisi Lembaga Pengampunan ketika itu yang didakwa ditubuhkan secara salah dan tidak menepati keperluan undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat sebagai pihak yang terkesan dalam isu ini, maka saya mempunyai hak untuk mengemukakan persoalan ini kepada mahkamah bagi mendapatkan kepastian.

“Oleh itu saya mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan lanjut, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 16 Mei 2018, Anwar dibebaskan serta-merta selepas mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, dalam kenyataannya ketika itu berkata, rayuan pengampunan penuh Anwar dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 pada 16 Mei 2018 dan ia adalah selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar sebelum itu menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya. - HMetro

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo