Masbuk Solat Jumaat

SOALAN :

Kalau seorang terlambat sampai di masjid pada hari jumaat dan imam sudah berada pada rakaat yang kedua bagaimanakah hendak masuk ke dalam sembahyang?


JAWAPAN :

Barang siapa yang datang ke masjid pada hari jumaat sedangkan imam sudah memulakan sembahyang jumaat maka hendaklah dia bertakbir dan jika dia sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang pertama maka dia telah mendapat satu rakaat bersama imam dan kemudian hendaklah dia ikut imam sehingga selesai sembahyang.

Dan jika dia sampai di masjid itu padahal imam sudah berada pada rakaat yang kedua maka hendaklah dia bertakbir maka jika dia sempat rukuk bersama imam nescaya dapat baginya sembahyang jumaat tersebut dan hendaklah dia bangun menambah satu lagi rakaat selepas imam salam.

Ada pun jika dia tidak sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua seperti apabila dia bertakbir imam sudah angkat kepalanya dari rukuk maka makmum tersebut tidak mendapat sembahyang jumaat tersebut maka hendaklah dia bangun selepas imam salam menambah empat rakaat kerana sembahyangnya itu menjadi sembahyang zuhur.

Telah menyebut oleh Imam As-Syairazi :

ومن دخل والامام في الصلاة أحرم بها فان أدرك معه الركوع من الثانية فقد أدرك الجمعة فإذا سلم الامام أضاف إليه أخرى وان لم يدرك الركوع فقد فاتت الجمعة فإذا سلم الامام أتم الظهر لما روى أبو هريرة قال " قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من أدرك ركعة من الجمعة فليصل إليها أخرى

Artinya : “Dan siapa yang masuk ke masjid sedangkan imam sudah berada di dalam sembahyang hendaklah dia bertakbir. Maka jika dia sempat bersama imam di dalam rukuk dari rakaat yang kedua maka sungguhnya dia telah mendapat sembahyang jumaat itu. Maka apabila salam oleh imam hendaklah makmum itu menyempurnakan sembahyangnya.

Dan jika dia tidak sempat rukuk bersama imam maka sungguhnya dia tidak mendapat sembahyang jumaat itu maka apabila salam oleh imam maka hendaklah makmum tersebut meneruskan sembahyang zuhur kerana berdalil dengan hadith Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda : Siapa mendapat satu rakaat dari sembahyang jumaat maka sembahyanglah satu rakaat lagi.” (Kitab Al-Muhazzab)


wallahua’lam 

FB ustaz azhar idrus



Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post