NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masalah kewangan, kahwin ikut trend antara punca pasangan muda cerai, kata penganalisis

KUALA LUMPUR: Seorang pakar ekonomi berkata, antara punca perceraian dalam kalangan pasangan muda ialah mereka menjadikan perkahwinan sebagai trend tanpa mempunyai perancangan kewangan kukuh dan pasangan terlalu muda.

Beliau berkata, tempoh kematangan sosial bagi wanita ialah 23 tahun dan lelaki pula 25 tahun, tetapi jika mereka berkahwin sebelum usia itu, berkemungkinan akan berlaku perceraian.

“Secara majoriti, situasi kewangan keluarga buat golongan ini masih dalam keadaan tidak stabil,” kata Mohammad Shatar Sabran, naib canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris kepada FMT.

“Mereka berkahwin hanya kerana ingin mengikut trend, iaitu kawin muda, mengikut ajakan kawan dan yang paling utama terpengaruh dengan media sosial.”

a man wearing glasses and smiling at the camera: Mohammad Shatar Sabran© Provided by Free Malaysia Today Mohammad Shatar Sabran

Beliau berkata, perkahwinan tidak seharusnya dipandang sebagai cara menghalalkan hubungan saja.

“Seharusnya golongan muda mempersiapkan diri dan memikirkan perkahwinan memerlukan kasih sayang, kebahagiaan, pengorbanan dan tanggungjawab.”

Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan jumlah perceraian meningkat 3.2% daripada 49,965 kes pada 2016 kepada 51,642 kes pada 2017 dan individu yang berumur 30 hingga 34 tahun mencatatkan bilangan kes perceraian tertinggi.

Selangor turut mencatatkan kes perceraian membabitkan pasangan Islam dengan jumlah pendaftaran permohonan cerai sebanyak 24,063 kes bagi 2017 dan 2018, dengan faktor kewangan dan tiada persefahaman antara punca utama masalah perceraian di negeri itu.

a man wearing a hat and smiling at the camera: Rohani Mohd Shahir© Provided by Free Malaysia Today Rohani Mohd Shahir

Sementara itu, perunding kewangan, Rohani Mohd Shahir berkata terpengaruh dengan media sosial antara pendorong perceraian dalam kalangan pasangan muda yang sanggup berhutang semata-mata ingin nampak mewah.

Beliau berkata, pasangan muda kini suka membandingkan diri dengan gaya hidup orang lain di media sosial menyebabkan mereka sanggup berhutang demi mendapatkan sesuatu sehingga berdepan masalah kewangan.

Katanya, mereka juga gemar menggayakan barangan mahal mengikut trend terkini hanya untuk mendapatkan “likes” daripada pengikut di media sosial.

“Istilah ukur baju di badan sendiri perlu ditekankan kepada pasangan muda zaman kini. Mereka tengok orang beli kereta mewah, mereka pun beli. Lihat orang beli rumah mewah, mereka pun beli, sedangkan mereka tidak mampu.

“Ini boleh menyebabkan pasangan mengalami tekanan kewangan, seterusnya menjurus kepada perceraian.”

a man wearing a suit and tie smiling at the camera: Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali© Provided by Free Malaysia Today Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali

Penganalisis ekonomi dan muamalat di Universiti Sains Islam, Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata tekanan masalah kewangan antara penyebab utama perceraian.

“Gaji sekadar cukup makan juga menyebabkan pasangan bergaduh kerana tidak mampu menyara kehidupan seharian.

“Mereka perlu bekerjasama dan bertoleransi dengan cara berkomunikasi bagi mencapai persefahaman dalam mengatasi masalah kewangan.

“Sememangnya sukar merealisasikan impian hidup berkeluarga tanpa menghadapi krisis kewangan. Namun, mereka perlu bersabar dan tidak cepat melatah dengan apa jua cabaran akan datang.”

Beliau mencadangkan kursus pra-perkahwinan ditambah baik, antaranya membantu peserta merancang perbelanjaan sejajar pendapatan mereka, menggalakkan simpanan wang selepas majlis perkahwinan dan penerangan mengenai perancangan serta pengurusan kewangan.

“Perkara ini boleh memberi persediaan kepada golongan muda yang ingin mendirikan rumah tangga,” katanya. 

Sumber : FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo