NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa Mark Zuckerberg Suka Pakaian Minimalis ?


 Jika anda melihat kekayaan dimiliki Mark Zuckerberg seorang usahawan serta pemilik syarikat media sosial terkenal iaitu Facebook , kekayaannya mampu membiayai pembinaan 60 buah menara berkembar Petronas.

Namun begitu, kenapa dia hanya pakai baju casual orang biasa2 sahaja? Malahan kadangkala mereka ini menaiki pesawat penumpang biasa sahaja dari menggunakan jet peribadi!

Menjadi kaya itu seronok, duit berkepuk-kepuk di dalam poket dan bank, setiap hari boleh dipandu pemandu didalam Rolls-Royce mahupun Ferrari. Nak buat kereta bersalut emas berpuluh ribu pun tiada masalah.

Namun, mereka ini kelihatan sedaya upaya kekal kelihatan seperti orang rakyat marhaen dan sederhana.

Kenapa?

Suka sangat ke orang kaya ni berpakaian ala-ala orang biasa ni, walau duit berbilion dalam bank?

Resepi kekayaan antara individu terkaya dunia seperti Bill Gates, Mark Zuckerberg dan mendiang Steve Jobs adalah kekal tidak perlu runsing dengan pakaian apa yang perlu dipakai seharian.

Seorang jutawan menjadi kaya dan tetap kaya bukan dengan membelanjakan wang untuk pakaian, tetapi dengan membelanjakan wang untuk sesuatu yang sebenarnya penting dan menghasilkan lebih banyak wang kepadanya.

Didalam penulisan “The Psychology of Irrationality”, “Decision fatigue” merupakan suatu keadaan menyebabkan seseorang individu sukar melakukan keputusan tepat dan bernas dan ini akan menyebabkan keupayaan membuat keputusan seseorang individu itu menjadi berkurangan berikutan dipaksa membuat keputusan sukar berulang kali.

Kenapa perlu pecah kepala otak hanya untuk memilih pakaian sahaja? Banyak benda lain perlu difikirkan dari memilih pakaian apa nak dipakai untuk berjumpa dengan orang lain.

Selain itu, beliau (Mark Zuckerberg) pernah sekali menayangkan kepada media sosial mengenai kandungan didalam almari pakaiannya. Hanya penuh dengan baju lengan panjang bewarna kelabu yang kasual! Sehinggakan, beliau membuat satu projek yang memberi inspirasi kepada khayalak ramai iaitu dinamakan “Project 333”.

Beliau bersependapat bahawa dengan membiarkan almari pakaian dengan 33 pakaian sahaja sudahpun cukup menjimatkan masa dan tenaga didalam memilih pakaian seharian yang hendak dipakai.

Mark Zuckerberg –“I really want to clear my life to make it so that I have to make as few decisions as possible about anything except how to best serve this community,” Zuckerberg said, after clarifying that he had “multiple same shirts, I’m in this really lucky position, where I get to wake up every day and help serve more than a billion people. And I feel like I’m not doing my job if I spend any of my energy on things that are silly or frivolous about my life.”

Dari kata-kata beliau itu sendiri, beliau mahu menjimatkan masa, memandangkan masa itu adalah emas. Sekiranya beliau mempunyai banyak pilihan pakaian yang direka khas oleh pereka pakaian berjenama, beliau terpaksa membuang masa memilih pakaian.

Setiap kali bangun pagi, perlu membuang 10-15 minit menatap apa jenis pakaian didalam almari pakaian perlu dipakai, bagi beliau ini adalah satu pembaziran masa. Malahan, masa diperlukan memilih pakaian lebih elok disalurkan didalam kerja yang lebih bermanfaat.

RUJUKAN:

Why do multi millionaires men wear simple clothing?. https://www.quora.com/Why-do-multi-millionaires-men-wear-simple-clothing? 

Here’s The Real Reason Mark Zuckerberg Wears The Same T-Shirt Every Day. https://www.businessinsider.com/mark-zuckerberg-same-t-shirt-2014-11?

Why Mark Zuckerberg wears the same clothes to work everyday. https://www.independent.co.uk/news/people/why-mark-zuckerberg-wears-the-same-clothes-to-work-everyday-a6834161.html

Sumber: https://www.thepatriots.asia/mark-baju-minimalis/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo