Hisap Vape Berisiko Tujuh Kali Ganda Dijangkiti Covid-19


Golongan muda termasuk remaja merokok dan dan menghisap vape berisiko antara lima hingga tujuh kali ganda lebih mudah dijangkiti Covid-19 berbanding individu yang tidak berbuat demikian.

Penemuan itu hasil kajian Universiti Standford di California, Amerika Syarikat. Kajian diterbitkan pada Selasa dalam Jurnal Kesihatan Remaja itu melihat kesan penggunaan rokok dan kadar jangkitan virus dalam kalangan individu berusia antara 13 hingga 24 tahun.

Mereka yang dilaporkan merokok dan menghisap vape dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini adalah golongan paling terdedah risiko jangkitan.

Ia memandangkan tabiat itu merosakkan paru-paru sekaligus menjadikan mereka lebih terdedah dengan risiko jangkitan.

"Senang cerita, jika anda merokok dan menghisap rokok elektronik, anda lebih mudah terdedah Covid-19," kata pengarang kanan kertas kajian itu, Bonnie Halpern-Flesher.

Rujukan 
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1054139X20303992

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post