Aplikasi flexi2pay bantu penggiat ekonomi gig urus aktiviti kewangan

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata '95 exipay WONDERS ALL IN ONEAPP 88888 X Auto calculate EPF, socso, Income Zakat ။ဝေ Enjoy f-empl oyment benefits like never before 9รី exi?pay Collect Coins redeem FREE GIFTS Supporting Self- employment www.flexi2pay.com'

KUALA LUMPUR, 13 Ogos  -- Individu yang bekerja sendiri, pekerja bebas dan ejen dalam ekonomi gig kini boleh mengurus dan memantau aktiviti kewangan mereka melalui aplikasi mudah alih flexi2pay.

Dalam kenyataan hari ini, flexi2pay berkata aplikasi itu dibangunkan untuk membantu penggiat gig menguruskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), cukai pendapatan dan pembayaran zakat mereka. 

Aplikasi itu akan membantu penggiat ekonomi gig dengan memudahkan, mengautomasikan dan mengira simpanan persaraan KWSP, PERKESO dan pembayaran cukai pendapatan mereka.

“Ekonomi gig di Malaysia berkembang dengan pesat, terutamanya selepas penularan COVID-19, berikutan ramai yang kehilangan pekerjaan dan mula menjalankan perniagaan mereka sendiri dari rumah atau mengambil pekerjaan bebas untuk menyokong diri mereka sendiri,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif flexi2pay, Victor Phang.

Aplikasi itu boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store serta boleh didapati dalam versi percuma dan berbayar untuk memenuhi pelbagai keperluan individu yang bekerja sendiri. 

Maklumat lanjut, boleh layari: https://www.flexi2pay.com.

-- BERNAMA

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post