NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terkini Barisan Adun Musa Aman


KOTA KINABALUSemalam bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendedahkan bahawa beliau telah mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baharu di negeri itu.

Ketika sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya, Musa berkata, pihaknya akan membentuk gabungan baharu yang  menyokong Perikatan Nasional (PN).

Kumpulan yang diketuainya akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, kumpulam ini akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin pada pagi ini.

Keputusan Pilihan raya umum Malaysia 2018 yang lepas menyaksikan Barisan Nasional mempunyai 29 kerusi (UMNO (17), UPKO (5), PBS (6), PBRS (1)), Pakatan Harapan mempunyai 8 kerusi (DAP (6), PKR (2)), Warisan mempunyai 21 kerusi, dan STAR mempunyai 2 kerusi. 

BN dan STAR pada mulanya telah berjaya membentuk kerajaan dengan 31 kerusi, berbanding Warisan dan PH 29 kerusi. 

Walau bagaimanapun, UPKO dan beberapa adun UMNO telah menyokong Warisan menyebabkan Warisan dapat membentuk kerajaan dengan 34 kerusi berbanding BN dan STAR 27 kerusi.

Situasi terkini yang tersebar menunjukkan Tan Sri Musa memiliki sokongan 33 Adun berbanding Shafei Apdal yang mendapat sokongan 32 Adun termasuk 5 Adun lantikan.

Berikut adalah senarai 33 adun yang dikatanya menyokong bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. 

01. Dtk Bolkiah Hj Ismail - Pitas
02. Dtk Anita Baranting - Tandek
03. Dtk Musbah Jamli - Tempasuk
04. Abdul Rahman Kongkawang - Labuk
05. Dtk Masiung Bana - Kuamut
06. Dtk Saddi Hj Rahman - Sukau
07. Dtk Osman Jamal - Balung
08. Dtk Hjh Hamisa Samad - Tanjung Batu
09. Dtk Muis Picho – Sebatik
10. Dtk Limus Jury - Kuala Penyu  
11. Dtk Abidin Madingkir - 
12. Dtk James Ratib – sugut
13. Kenny Chua - Inanam 
14. Julita - matunggong 
15. Jafrey William – LANTIKAN
16. Ronnie Loh – DAP
17. Japlin Akim - Usukan
18. Jahid Jahim - Tampaluri
19. Hajiji Mohd Noor - Sulaman
20. Joniston Bangkuai  - Kiulu
21. Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar – Kawang
22. Mohd Arifin Mohd Arif – Membakut
23. Isnin Aliasnih – Klias
24. Matbali Musah  - Lumadan
25. Joachim Gunsalam – Kundasang
26. Masidi Manjun – Karanaan 
27. Jeffrey Kitingan - Tambunan 
28. Robert Nordin – Bingkor
39. Ellron Alfred Angin – Sook
30. Bobbey Ah Fang Suan – Nabawan
31. Musa Aman – Sungai Sibuga
32. Nizam Abu Bakar Titingan – Apas
33. Jamawi Jaafar - Kemabon

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo