PELABUHAN KLANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, ketegasan pihak berkuasa terhadap pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini adalah kehendak rakyat yang mahu undang-undang ditegakkan.
Hamzah mengadakan lawatan ke Kapal Maritim (KM) Kota Kinabalu dan KM Tok Bali selepas majlis penyerahan dua kapal peronda oleh Destination Marine kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di limbongan syarikat itu pagi tadi.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kerajaan kini memihak kepada kehendak rakyat sendiri yang mahu semua pihak yang berada dalam negara ini mematuhi undang-undang ditetapkan.
"Dalam membangunkan negara, kita memang memerlukan tenaga kerja asing, terutamanya yang hendak melakukan kerja berat, bagaimanapun mereka perlu mengikut undang-undang negara.
"Mereka harus mempunyai permit serta dokumen yang sah. Sekiranya mereka mendakwa kerajaan begitu tegas atau garang, saya rasa itu memang dikehendaki rakyat.
"Rakyat mahukan kerajaan yang tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan, jadi kita jangan ambil tahu tentang media asing yang suka memutar belit cerita yang bukan-bukan," katanya pada sidang media Majlis Penerimaan Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPC) di Pelabuhan Klang di sini.
Bung Moktar Radin menyifatkan gesaan Ketua Pemuda PBS, Cristopher Mandut agar dia meletakkan jawatan sebagai pengerusi Umno Sabah sebagai ...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment