NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Veteran PAS, Subky Latiff meninggal dunia


BEKAS pengasas lidah rasmi PAS, Harakah dan veteran parti Islam itu, Subky Abdul Latiff meninggal dunia akibat sindrom myelodyplastic (MDS) kira-kira jam 11 pagi Selasa.

Berita pemergian Subky, 80 tahun itu dimaklumkan oleh ahli keluarganya menerusi satu hantaran di lama Facebook.

“Dukacita ingin dimaklumkan ayahanda kami Subky Abdul Latif telah pun menghembuskan nafas terakhir.

“Segala salah dan silap mohon diampunkan. Doakan arwah ditempatkan bersama para Nabi, sahabat, orang-orang soleh. Amin,” kata anak-anaknya.

Awal Jun lalu, Subky dimasukkan ke Hospital Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan akibat darah merah rendah, jangkitan paru-paru dan masalah jantung.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah, Taman Koperasi Polis Fasa 1 pada tengah hari dan akan dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Raudhatus Sakinah.

Tarikh yang sama 18 tahun lepas, PAS kehilangan bekas presidennya Datuk Fadzil Noor.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/veteran-pas-subky-latiff-meninggal-dunia-248361

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo