NOTIS:
Satta minta subsidi, geran khas untuk ejen individu
KOTA KINABALU: Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (Satta) menggesa kerajaan negeri untuk memberikan subsidi atau geran khas kepada ejen perjalanan individu di Sabah.
Presidennya Datuk Winston Liaw (gambar) berkata ejen perjalanan mengalami kerugian sehingga RM1 juta dalam tempoh beberapa bulan lalu akibat tidak memberhentikan pekerja mereka semaa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Senario (mengekalkan pekerja) ini tidak akan tahan lama. Jika moratorium bank automatik tamat pada September, kami menjangkakan satu lagi pusingan pemberhentian pekerja akan berlaku, yang lebih teruk lagi,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.
Memandangkan keadaan itu, Winston itu memaklumkan isu itu kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.
“Satta ingin berterima kasih kepada Christina kerana hadir pada satu mesyuarat dengan semua ketua persatuan industri pelancongan untuk memahami masalah yang dihadapi oleh industri dan mencambah minda bagaimana Kementerian dapat membantu semasa pandemik global ini.
“Kami mendapat sesi (mesyuarat) berhasil yang dianjurkan oleh Kementerian dan Lembaga Pelancongan Sabah,” katanya.
Dalam mesyuarat itu, Winston mengulangi bahawa industri pelancongan tidak mendapat manfaat daripada pakej-pakej bantuan yang diumumkan oleh kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri semasa PKP.
“Industri pelancongan tidak mendapat apa-apa pun, subsidi gaji sebelum ini hanya memanfaatkan pekerja. Majikan dan industri (secara keseluruhan) tercicir,” katanya.
Sehubungan itu, Winston berharap Kerajaan Sabah dapat memberi subsidi atau menyuntik geran kepada agensi pelancongan untuk memberi nafas baharu kepada industri itu.
“Kami berterima kasih kepada Christina atas bantuannya untuk menyampaikan suara kami kepada kerajaan negeri,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment