NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Melayu sudah terlebih berkorban


oleh:Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

SIAPA yang sepatutnya mesti berkorban sekarang ini adalah MCA. Buktikan kamu adalah wakil Cina yang disukai Cina bukan sebaliknya. Percayalah, orang Islam (Melayu) sudah terlebih berkorban

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dijangkakan sudah tidak lama, melihat kepada kemelut politik, majoriti tipis antara PN dan PH. PN mahu terus kekal, sementara PH terus merancang untuk menjatuhkan PN. Apa pilihan yang ada dalam keadaan sebegini, jika bukan awalkan PRU-15.

Sebagai persediaan menghadapi PRU-15, begitu ramai yang bercakap soal pengorbanan, siapa sepatutnya perlu lebih berkorban dalam soal pembahagian kerusi. Kuasa juga yang menjadi rebutan. Inilah fitrah alam.

Dalam PN, dalam kawasan majoriti Melayu, parti manakah yang perlukan korbankan kerusinya, UMNO, PAS, Bersatu untuk memastikan survival politik Islam dan Melayu? BERJASA bagaimana pula?

Semua berebut mahu kerusi lebih kerana, bilangan kerusi inilah yang kebiasaannya menjadi penentu, siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri (PM). Kedudukan kerajaan sekarang, belum mencerminkan hakikat sebenar disebabkan oleh pergelutan politik yang berlaku. Saya amat yakin, PRU-15 akan penentuannya.

Pada hemat saya, tidak timbul soalan UMNO perlu berkorban lebih untuk berikan lebih kerusi kepada Bersatu seperti yang diuar-uarkan oleh sesetengah pihak. Kedudukan PAS pula bagaimana? Ini belum termasuk kumpulan PKN.

Ingatan saya kepada semua, berkorban boleh, tetapi jangan sampai terkorban.

Sebenarnya, tidak perlu pening kepala bincangkan pembahagian kerusi. Formula sudah lama ada. Cuma ego yang menghantui.

Tidak lagi perlu bertegang leher. Mudah sahaja fomulanya untuk kawasan majoriti Melayu, ikut bilangan kerusi dan senioriti, maka susunan kerusi adalah seperti berikut, UMNO, PAS, Bersatu dan lain-lain. Ini sahaja cara untuk menyelamatkan kerusi kawasan majoriti Melayu.

Atau paling mudah formulanya, kekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU-14 untuk semua kerusi yang telah dimenangi UMNO, PAS, Bersatu dan PKN. Untuk kerusi-kerusi kawasan yang kalah, maka bahagikan dengan penuh adil. Saya yakin, PN boleh rampas kerusi yang mereka kalah sebelum ini jika tidak ada sifat tamak haloba dan ego.

Satu lagi persoalan besar, kita hanya bercakap soal pengorbanan sesama kita umat Islam, MCA dan MIC bagaimana untuk kerusi di Semenanjung, terutama kawasan majoriti Melayu? Untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak, tidak perlu risau disebabkan mereka sudah ada formula mereka sendiri.

Persoalannya, dalam soal isu pembahagian MCA dan MIC ini tidak ada formula. Saya lebih suka hanya fokus kepada MCA (Gerakan) sahaja, kerana ini parti pengacau undi majoriti Melayu sekiranya formula PRU-14 dan sebelumnya, terus dikekalkan kepada parti ultra kiasu tidak tahu malu ini.

Terlalu sukar untuk menang di kawasan majoriti Cina, tetapi terus berkeras bertanding di kawasan majoriti besar orang Melayu? Jika diteruskan juga, makna kita terlalu bodoh.
Bukan sekadar itu, MCA turut memasang niat untuk turut bertanding di negeri Kelantan dan Terengganu, dalam keadaan bilangan yang sangat minoriti. Ingatan saya kepada PAS (PN) di Kelantan dan Terengganu, hentikanlah memberi kerusi kepada mereka. Lantik sahaja wakil mereka untuk kedua negeri ini.
Salah satu punca BN tidak mendapat majoriti dalam PRU-14 dan sebelumnya adalah kerana membela biawak hidup ini, bertanding di kawasan majoriti Melayu. Saya amat yakin, BN akan mendapat lebih kerusi dalam PRU-14, jika tidak ditonjolkan biawak hidup di kawasan majoriti Melayu. Takkan sehingga ke hari ini kita tidak dapat menyelami psiki orang Melayu (Islam). Ini bukan bermakna, orang Melayu (Islam) itu rasis, tetapi biasalah, apabila berlaku pertembungan antara Cina dan Melayu di kawasan majoriti Melayu, Melayu lebih selesa memilih Melayu.

Macam orang Melayu bertanding di kawasan majoriti Cinalah. Orang Cina lebih selesa memilih Cina, bukan kerana Cina itu rasis. Tetapi faham-faham atau ehem ehem sudahlah.

Justeru, formula lapok tidak boleh dipakaikan. Kawasan yang majoriti Melayu tidak boleh ditandingi oleh MCA. Lebih-lebih lagi di negeri Terengganu dan Kelantan. Jika diberikan juga kerusi kepada MCA, contoh di DUN Bandar di Terengganu, bermakna kita sudah terlebih berkorban. Tidak sahaja di Terengganu, MCA juga mengintai kerusi DUN di Gua Musang. Inilah yang dinamakan ultra kiasu.
Jika tidak ada wakil bukan Islam di sana yang menjadi isu, senang sahaja jawapannya lantik sahaja wakil bukan bagi mewakili kaum minoriti, kenapa perlu serahkan kerusi kepada MCA.

Biarkan MCA ultra kiasu bertanding di kawasan bukan Melayu berhadapan dengan ultra kiasu. Jika ditakdirkan mereka kalah, barulah cari jalan bagaimana wakil mereka boleh diselesaikan. Ini termasuk, pelantikan mereka sebagai senator seperti yang berlaku hari ini.

Jika MCA (MIC) boleh buktikan bahawa mereka boleh menang di kawasan majoriti, barulah hebat. Ketika bagilah kerusi menteri kepadanya, saya tidak akan bising. Tetapi bukan seperti hari ini. MCA parti kalah, parti curut. Setiap kali PRU harapkan ihsan undi Melayu. Paling menyakitkan, bila menang, tidak jaga kepentingan Islam dan Melayu, berbanding bila Islam memerintah sentiasa menjaga kepentingan mereka.

Ingatan saya, ambil iktibar kedudukan kerajaan yang ada pada hari ini. Meskipun, kerusi MCA sangat minoriti, hak kepada MCA diberikan sudah terlebih.

Tidak cukup dengan jawatan Kabinet yang diberikan melalui pelantikan senator, laluan air (Pelabuhan) dan laluan udara turut dikuasai. Ini laluan keselamatan dan kedaulatan negara. Mesti letakkan orang yang benar-benar boleh dipercayai dan berintegriti.

Daripada beri kepada biawak hidup, saya kira BERJASA tidak kurang jasanya dan profesional yang ada.

Kajian demi kajian telah dibuat, jika PRU-15 berlaku dalam masa terdekat ini, keputusannya menyebelahi PN, jika betul caranya. Tetapi jika terus menggunakan pakai formula lapok terutama kawasan majoriti Melayu Islam kepada MCA. Maka tunggulah akibatnya, termasuk kerusi Tanjung Piai, perlu dikembali kepada orang Islam. Tidak salah diberikan kepada Presiden BERJASA.

Tulisan ini bukan menafikan hak orang bukan Islam atau hak orang Cina. Ini berasaskan kepada formula, strategi, logik dan rasional.

Islam tidak ada masalah hidup berbilang kaum. Ajaran Islam sentiasa menjaga hak bukan Islam. Hak mereka terjamin. Tetapi berpada-padalah. Jangan terlalu terlebih berkorban. Takut korban jadi beban. Bila sudah jadi beban, kempunanlah jawabnya.


Sumber: https://ismaweb.net/2020/06/15/1melayu-sudah-terlebih-berkorban/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo