NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Korea Utara letupkan pejabat perhubungan di Kaesong


SEOUL: Korea Utara meletupkan pejabat perhubungan negara itu dan Korea Selatan yang terletak di Kaesong, ketika ketegangan antara kedua-dua negara tercetus.

Ketika operasi dijalankan berhampiran sempadan kedua-dua negara, tiada kakitangan warga Korea Selatan di dalam bangunan tersebut kerana mereka telah pulang ke negara asal awal tahun ini berikutan krisis COVID-19.


Menteri Penyatuan Korea Selatan, Kim Yeon-Chul, yang mengesahkan kejadian jam 2.49 petang waktu tempatan itu memaklumkan ia turut dapat dilihat penduduk di selatan sempadan negara terbabit.

Malah tegas Yeon-Chul, ia sudah dijangka selepas insiden ancaman yang dikeluarkan adik perempuan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, Kim Yo Jong.

Antaranya termasuk Korea Utara mengancam memusnah pejabat perhubungan yang dibina pada 2018.

Ketegangan antara kedua-dua negara tercetus selepas rundingan nuklear antara Pyongyang dan Washington, Amerika Syarikat menemui jalan buntu.

Ia juga sehari selepas Presiden Korea Selatan Moon Jae In meminta Korea Utara ke meja rundingan selain gesaan kerjasama meneruskan projek antara negara Korea yang digantung sebelum ini.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/korea-utara-letupkan-pejabat-perhubungan-di-kaesong-247462

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo