COVID-19: Sahih Bukan Warganegara Membebankan



Laporan perkembangan Wabak COVID-19 hari ini telah semakin sahih, bahawa beban situasi yang kita tanggung hari ini adalah akibat Bukan Warganegara. Berdasarkan kes baharu hari ini (3 Jun), sebanyak 93 kes didapati 91 kes adalah Bukan Warganegara dan hanya 2 kes sahaja penulran daripada Warganegara. Kemudiannya, 55 kes daripada yang bukan warganegara adalah dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil dan 36 kes dari Kluster Pedas. Justeru jika kesemua tahanan di DTI dikurung rapat tanpa berlaku kontak dengan mana-mana pihak, kita yakin tiadalah akan menularnya situasi yang membebankan kita seperti hari ini.

Berikut adalah butiran kes Wabak COVID-19 engikut kluster DTI yang aktif sekarang ini (Sepang, Bukit Jalil, Semenyih, dan Putrajaya).


Depot Tahanan
Jumlah Sampel Diambil
Jumlah Kes Positif
Jumlah Kes Negatif
Menunggu Keputusan
BWN1
DTI Bukit Jalil
1,545
338
32
1,175
338
DTI Bukit Jalil
1,545
338
32
1,175
338
DTI Semenyih
1,785
66
1,719
0
65
DTI Sepang
1,477
60
1,417
0
60
DTI Putrajaya
101
2
99
0
2
Jumlah
4,908
466
3,267
1,175
465
1 Bukan Warganegara
Laporan hari ini juga turut menyaksikan keupayaan merawatpulih pesakit ialah sebanyak 61 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah seramai 6,531 kes (81.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Walau bagaimanapun, jumlah adalah lebih rendah berbanding [ertambahan kes baharu (93 kes).

Seterusnya laporan KKM hari ini mendapati kesan bertambahnya 93 kes baharu telah menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,970 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,324 kes. Alhamdulillah kesemua mereka telah menjalani rawatpulih di wad khas untuk peakit COVID-19.


Sehingga kini, sebanyak enam (6) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Ini mengekalkan rekod tanpa ada kematian selama 12 hari berturut-turut. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Ini juga boleh dikaitkan dengan prestasi perawatan efektif pasikan perubaan KKM dan komitmen baik juga daripada petugas frontliners di dalam memastikan Wabak COVID-19 dapat dikekang.

Penularan kalangan BWN

Kes-kes positif COVID-19 di kalangan bukan warganegara di DTI adalah dari negara-negara berikut:
123 kes warga India;
108 kes warga Bangladesh;
76 kes warga Indonesia;
66 kes warga Myanmar;
45 kes warga Pakistan;
18 kes warga China;
Tujuh (7) kes warga Sri Lanka;
Lima (5) kes warga Nepal;
Empat (4) kes warga Kemboja;
Tiga (3) kes warga Filipina;
Dua (2) kes warga Mesir;
Satu (1) kes masing-masing daripada negara Laos, Nigeria, Libya, Syria;
Empat (4) kes masih dalam tindakan kemas kini data.
Kes-kes positif kluster ini melibatkan hanya 14 kes di kalangan warga Malaysia dan 242 kes BWN iaitu:
136 kes warga Nepal;
55 kes warga Bangladesh;
26 kes warga Myanmar;
21 kes warga Indonesia;
3 kes warga India; dan
1 kes warga Vietnam.
KKM turut memaklumkan bahawa kes-kes positif baharu ini telah dikesan hasil daripada saringan ulangan dalam tempoh mereka di pusat kuarantin. Mereka masih diasingkan di pusat kuarantin, justeru tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat.

Sesungguhnya Malaysia bersikap baik lagi bertanggungjawab di dalam melayani Wabak COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara. Semoga di atas kebaikan kita, Allah akan mempermudahkan segala urusan bagi memutuskan rantaian Wabak COVID-19 yang menggerunkan ini. Ins sya Allah.

Wassalam.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post