NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Yusof Ismail dilantik sebagai KP MAMPU baharu


PUTRAJAYA, 22 April -- Datuk Dr Yusof Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) berkuatkuasa hari ini, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Yusof, 58, berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 32 tahun dengan jawatan pertama yang disandangnya sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Ekonomi di Kementerian Kewangan pada 12 Jan, 1988.

Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini berkata, Yusof berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kewangan, pelaburan strategik dan ekonomi.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Transformasi dan Pemodenan Pengurusan) MAMPU, serta pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian (Bahagian Pelaburan Strategik), Kementerian Kewangan.

"Semoga dengan pelantikan ini, kecekapan dan keberkesanan MAMPU melaksanakan transformasi kerajaan digital ke arah penawaran perkhidmatan yang berpaksikan rakyat diperkasakan," kata Mohd Zuki.

Yusof menggantikan Datuk Dr Mazlan Yusoff yang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi berkuatkuasa pada 23 Mac lepas.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo