NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kim Jong Un dilapor 'dalam keadaan kritikal' susulan pembedahan


Kim Jong Un dilapor berada dalam keadaan nazak susulan pembedahan. -Gambar fail
PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilapor berada dalam keadaan kritikal susulan pembedahan.

Portal berita CNN melaporkan perkara itu yang memetik sumber pegawai Amerika Syarikat (AS) yang dakwa mempunyai pengetahuan secara langsung.

Jong Un sebelum ini tidak hadir pada sambutan hari lahir datuknya pada 15 April lalu yang menimbulkan spekulasi mengenai tahap kesihatannya.

Namun, beliau hadir pada mesyuarat empat hari sebelum itu.

Pusat perisikan kebangsaan (CIA) AS ketika dihubungi portal berita itu pada Isnin bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

Jong Un kali terakhir membuat penampilan di media rasmi Korea Utara pada 11 April.

Pada 15 April, yang merupakan sambutan paling meriah buat negara itu bagi mengingati kelahiran pengasasnya Kim Il Sung, disambut tanpa kehadiran Jong Un.

Dalam perkembangan sama, seorang pemberita agensi NBC Katy Tur melaporkan di akaun Twitter bahawa Jong Un "mati otak" susulan pembedahan itu, namun dia telah membuang tweet berkenaan.

Sementara itu, kerajaan Korea Selatan sedang memantau laporan dan perkembangan berhubung perkara ini.

Dalam perkembangan berbeza, portal The Daily NK melaporkan Jong Un sedang pulih setelah menjalani prosedur kardiovaskular pada 12 April lalu.

Portal berita yang berpusat di Seoul dan dikendalikan warga Korea Utara yang berpaling tadah itu menyebut bahawa Kim sedang menjalni proses pemulihan selepas pembedahan di sebuah resort di timur laut negara itu.

Laporan itu turut menyebut bahawa kesihatan Jong Un terjejas kerana kuat merokok, obes dan terlalu kuat bekerja.

Butiran tentang keadaan kesihatan Jong Un masih samar memandangkan Korea Utara sering merahsiakan berita di dalam negara itu.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/kim-jong-un-dilapor-dalam-keadaan-kritikal-susulan-pembedahan-239378

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo