BANGI, 6 Rejab 1441H, Ahad – Pemimpin politik negara ini dinasihatkan untuk tidak menjadi penderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hanya kerana gilakan kuasa serta jawatan.
Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, semua pihak harus bersyukur kerana adanya raja, keadaan negara sentiasa tenang dan damai.
"Kalau harapkan pemimpin-pemimpin politik sahaja, mungkin akan sampai tahap sehingga pergolakan yang besar berlaku.
"Jadi, terimalah keputusan Agong ini dengan redha. Paling lama pun tunggulah selama tiga tahun sahaja lagi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kalau Parlimen tidak dibubarkan dalam masa terdekat sekalipun," katanya dalam satu kenyataan.
Kemelut kepimpinan politik yang melanda negara ini selama seminggu dilihat menghampiri titik noktahnya apabila Malaysia hari ini bakal menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan.
Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong dijadual diadakan di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.
Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai perdana menteri kelapan, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam perkembangan sama, Haji Aminuddin menegaskan, supaya pemimpin politik belajar untuk menerima dan akur titah baginda serta bertindak dengan bijak dan cermat.
Katanya, rakyat sudah tidak mahu melihat siri-siri drama kemelut politik yang semakin hari semakin membosankan dan memualkan.
"Cukup-cukuplah. Kalau tidak berpuas hati juga, tunggulah sidang Parlimen nanti dan buatlah undi tidak percaya. Ataupun perdana menteri selepas itu boleh bubarkan Parlimen dan buat pilihan raya," kata beliau.
KUALA LUMPUR — UMNO Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu meskipun mengakui hilang kepe...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment