Melaka:Angkat sumpah Ketua Menteri ditangguh


AYER KEROH: Istiadat Pengurniaan Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12 yang dijadual berlangsung esok ditangguhkan pada Isnin depan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hassan sebentar tadi.

"Dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob telah memutuskan agar Istiadat Pengurnian Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 ditangguhkan.

"Istiadat itu akan berlangsung pada 9 Mac 2020 bersamaan Isnin pada jam 3 petang di Dewan Seri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri,"katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Sehingga kini, siapakah yang bakal menjadi Ketua Menteri ke-12 masih menjadi tanda tanya meskipun pada 2 Mac lalu, Perikatan Nasional mengumumkan mendapat 17 sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada BN, Bersatu, PKR dan DAP sekaligus boleh membentuk kerajaan negeri yang baharu.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post