Latheefa Koya letak jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM


KUALA LUMPUR, 11 Rejab 1441H, Jumaat – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya hari ini mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Latheefa dalam satu kenyataan berkata surat itu dihantar pada Isnin lepas dan ia adalah keputusan beliau sendiri.

Beliau berkata spekulasi yang mendakwa beliau mendapat tekanan adalah tidak berasas.

Katanya beliau mempunyai keyakinan bahawa SPRM tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap rasuah seiring dengan keupayaan pegawainya serta sokongan penuh Perdana Menteri.-Bernama
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post