KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Orang ramai khususnya rakyat Terengganu diseru berpuasa sunat pada hari Isnin ini dan memanjatkan doa kepada Allah supaya dibebaskan daripada wabak COVID-19.
Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ianya bertepatan dengan perintah Allah agar memohon pertolongan dariNya dengan sabar melalui ibadat berkenaan.
"Kita menunaikan ibadat yang baik kepada Allah, mengadu agar Dia melepaskan kita daripada bahaya penyakit berjangkit itu.
"Tetap disana tidak ada sikap berputus asa, kita yakin dan percaya Allah akan menyelamatkan kita daripada bahaya ini," ujarnya seperti yang dipetik dalam laman sosial facebooknya, hari ini.
Katanya, seluruh rakyat juga diharapkan bersabar dengan makna sebenarnya mengerjakan ibadat puasa dan solat di rumah.
Beliau turut menyeru agar orang ramai mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sekarang ini dan insaf dengan kembali mentaati segala perintah Allah.
PUTRAJAYA, 12 Dis – Usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk menghentikan semua lesen perniagaan perjudian menerima tamparan besar ap...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment