SHANGHAI: Penerbangan sewa khas yang membawa 12 pakar perubatan China serta lebih 17 tan peralatan perubatan berlepas ke Milan pada Rabu untuk membantu Itali yang sedang bertungkus-lumus memerangi wabak novel koronavirus (COVID-19), lapor agensi berita Xinhua.
Dikendalikan China Eastern Airlines, penerbangan itu berlepas kira-kira pukul 11.26 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong dan dijadual tiba di Milan pada 4.31 petang Rabu waktu tempatan.
Pakar itu datang dari beberapa hospital serta pusat kawalan dan pencegahan penyakit di wilayah Zhejiang, timur China.
Peralatan itu termasuk ubat-ubatan, kelengkapan perlindungan serta alatan yang digunakan di unit rawatan rapi seperti ventilator dan monitor.
Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, membubarkan Parlimen hari ini, langkah mengejut yang membuka laluan kepada piliha...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment