KUCHING: Pergerakan Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong penuh pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Ketua Wanita GPS, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia selaras dengan sokongan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong.
"Tan Sri Muhyidin merupakan ahli politik veteran, bekas menteri pendidikan dan menjawat beberapa portfolio dalam kabinet dan dengan itu banyak pengalaman. Beliau seorang tegas dan berintegriti.
"Kita doakan beliau diberi kesihatan dan kesejahteraan, kebijaksanaan yang tinggi agar dapat memilih ahli kabinet yang berwibawa untuk memulih prestasi Malaysia balik ke zaman kegemilangannya," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Utusan Borneo, hari ini.
Dalam pada itu, Fatimah yang juga Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berharap kepimpinan Perdana Menteri yang baharu tidak akan melupakan aspirasi dan hak rakyat Sarawak.
"Kita harap beliau (Tan Sri Muhyiddin) tidak lupa dengan aspirasi dan hak rakyat Sarawak dan layan kita sewajarnya," katanya.
Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadli Shamsuddin menerusi kenyataan medianya hari ini, mengumumkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan.
"Seri Paduka Baginda (Yang-di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billlah Shah) telah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
"Proses seterusnya ialah istiadat Pengurnaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 (Ahad) jam 10.30 pagi di Istana Negara," katanya.
Bung Moktar Radin menyifatkan gesaan Ketua Pemuda PBS, Cristopher Mandut agar dia meletakkan jawatan sebagai pengerusi Umno Sabah sebagai ...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment