KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan peralihan kerajaan positif untuk ekonomi negara, memuji penglibatan Umno dalam usaha “tentukan rakyat dapat kerajaan yang baik”.
“Keadaan ekonomi tak begitu baik sekarang ini. Kita kena usaha cari satu penyelesaian. Ringgit kita jatuh dengan teruk,” katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Ahli Parlimen Gua Musang itu menggesa penetapan siapa perdana menteri baru dilakukan segera, susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad dan terbubarnya Kabinet.
Beliau berkata perkembangan itu secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada ekonomi.
“Pasaran saham kita terumbang-ambing, tadi jatuh dengan teruk bila ketahui kerajaan yang Mahathir pimpin dah jatuh,” katanya.
Ketika ditanya adakah dia tersenarai sebagai calon perdana menteri, sambil tersenyum ini jawapannya: “ Ye ke? Terima kasih banyak-banyak.”
Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin memaklumkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi mahu semua ahli Parlimen Barisan Nasional bersatu menghadapi situasi sekarang.
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid mengakui berasa sedih dan tertekan ekoran kecaman da...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment