NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘G25 Patut Minta Maaf Kepada Umat Islam’ – Abdul Hadi

KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Kumpulan bekas penjawat tinggi awam, (G25) harus memohon maaf kepada umat Islam atas pelbagai kenyataan dan pembawakan mereka yang mengelirukan.

Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pemikiran kumpulan tersebut bukan hanya memeningkan tetapi turut membahayakan akidah orang Islam.

"Sepatutnya mereka yang harus minta maaf, bukan saya, mereka harus minta maaf kepada umat Islam. Saya hanya bercakap dan menulis mewakili pihak Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas berucap dalam program Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia di Stadium Negeri di sini hari ini.

Semalam, G25 menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Abdul Hadi Awang, atas kenyataan presiden PAS itu terhadap mereka.

Abdul Hadi dalam satu kenyataan beberapa minggu lalu menyifatkan G25 sebagai kumpulan makhluk perosak, jahil serta lebih bahaya daripada kumpulan militan al-Maunah.

"Apabila mereka menegaskan konsep kehidupan manusia tidak boleh dicampur dalam urusan agama kerana agama itu urusan Tuhan.

"Maka jelas terang lagi bersuluh bahawa mereka telah beriman kepada Kitab Injil yang telah diubah daripada ajaran Nabi Isa A.S. mengikut catatan para paderi yang mengubah kitab Allah," tambah beliau.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan G25 bertajuk ' Administration of Matters Pertaining Islam ' yang mengkritik terhadap undang-undang Islam dengan mengatakan tindakan murtad misalnya adalah urusan seseorang dengan Tuhan.


Sumber: https://www.teganukita.net/2020/02/g25-patut-minta-maaf-kepada-umat-islam.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo