NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agong lantik Dr Mahathir sebagai PM interim


KUALA LUMPUR, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Pun begitu, Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali memaklumkan, baginda berkenan untuk melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Keputusan itu selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

"Justeru itu, selaku Perdana Menteri interim, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan Ahli Kabinet yang baharu dibentuk," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Petang tadi, Dr Mahathir menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan situasi politik semasa selepas menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir turut turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sumber: https://www.ismaweb.net/2020/02/24/agong-lantik-dr-mahathir-sebagai-pm-interim/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo