NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Kimanis: Muafakat Sabah lebih sesuai di sini, kata Zahid


PRK KIMANIS | Muafakat Nasional, sebuah kerjasama politik yang diketuai Umno-PAS, tidak sesuai dengan keadaan politik di Sabah, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Tanpa mengulas lanjut, beliau membangkitkan "Muafakat Sabah" yang menurutnya bermula dengan PRK Kimanis.

"Muafakat Nasional mungkin kurang sesuai di Sabah kerana latar belakang politik yang berbeza.

"Bagaimanapun inilah 'Muafakat Sabah' yang bermula di Kimanis," katanya dalam ceramah di Kampung Pimping di kawasan parlimen itu, semalam.

Katanya, Muafakat Sabah mampu menyatukan semua kaum dan etnik di negeri itu.

Ucapan Zahid itu menyusuli Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang memperkenalkan Pengerusi Umno Kimanis Mohamad Alamin sebagai "calon Muafakat Nasional yang mewakili Umno" dalam PRK tersebut yang akan diadakan bulan ini.

"Apa yang pentingnya kerjasama Muafakat Nasional ini, Umno, PAS, MIC, MCA, PBS (Parti Bersatu Sabah) dan parti-parti bukan Islam yang tidak ekstrem," kata Hadi.

Umno dan PAS memeterai Piagam Muafakat Nasional pada 16 September 2019 dan dijangka diwujudkan secara rasmi pada Mei 2020.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 4 Jan, pengundian awal pada 14 Jan, manakala hari mengundi pada 18 Jan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo