NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

50k? Kenapa Tidak Lebih Lagi


Selaku wakil rakyat biasa seperti saya, terasa juga terpanggil untuk berkongsi sama tentang apa yang diperkatakan oleh ramai natizen dan orang ramai tentang pemberian khas 50K daripada kerajaan negeri kepada exco-exco.

Saya amat bersyukur dan beterima kasih kerana kerajaan negeri telah meluluskan pemberian khas ini kepada exco-exco sepertimana kebiasaan exco mendapat peruntukan tambahan pada setiap akhir tahun.

Sebenarnya pemberian khas 50K kepada exco ini tidak ada yg nampak pelik bagi saya. Ini kerana kami sebagai wakil rakyat biasa di seluruh 34 Dun di kelantan akan jadikan MB, TMB dan exco-exco tempat kami ”bermanja” ( memohon sumbangan bagi keperluan program rakyat di Dun kami masing-masing ) terutama pada akhir tahun (November, Disember ) dan awal tahun (Januari, Febuari ) kerana peruntukan semua wakil rakyat sudah ditutup pada tempoh itu.

Sedangkan pada tempoh itulah saya dan rakan-rakan wakil rakyat di 34 Dun ini amat-amat perlukan bajet bagi pelbagai kegunaan seperti membantu keluarga miskin dan anak-anak yatim miskin, musin persekolahan bermula , pembiayaan keperluar banjir dan keperluan lain yg menjadi asas tuntutan rakyat untuk dibantu.

Pada awalnya, mejadi kebimbangan kami sebagai wakil rakyat apabila pada persidangan belanjawan negeri tahun lepas tidak ada peruntukan tambahan yg diberikan kepada semua wakil rakyat termasuk exco. Ini kerana keadaan kewangan negeri yang terhad yang tidak mengizinkan pada waktu itu.

Namun begitu, di akhir tahun ini kami semua boleh tersenyum lebar apabila mendapat tahu 50k telah diluluskan pemberian khas kepada semua exco. Bersama senyuman itu maka bermulalah surat-surat pemohonan kami bertebaran ke pejabat-pejabat exco utk memohon sumbangan dan peruntukan sekadar patut.

Alhamdulillah, surat pemohonan sumbangan dari kami jarang sekali yang ditolak oleh pihak exco. Dapatlah sedikit sebanyak meringankan beban kami, bagi menjayakan setiap program rakyat yang dirancang.

Dan harapnya, dari pemberian khas 50k itu masih berbaki lagi untuk keperluan di Dun exco sendiri.

Jadi fahamilah, bahawa andai ada pemberian kewangan kepada para exco, ianya bukan utk keperluan pribadi mereka atau kegunaan di Dun mereka sahaja. Tetapi ianya sentiasa dikongsi dengan Dun-Dun lain juga. Pemberian kepada setiap exco hanyalah sekadar saluran sahaja atau ore kelate kata ” lalu jah”.

Sebab itu kalau DISINI saya boleh persoalkan, kenapa kerajaan hanya luluskan 50K sahaja? Sepatutnya bagi 100K atau lebih lagi…

Adun Tendong
23.01.2020

Sumber: https://www.facebook.com/rozi.muhamad/posts/2853630084682984

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo