KUALA LUMPUR: Satu petikan kenyataan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) minggu lepas berhubung Jammu dan Kashmir mengundang banyak komen di laman Twitter pada Selasa.
Beberapa netizens, yang kelihatan seperti warga India, menyuarakan rasa kecewa mereka menerusi #BoycottMalaysia terhadap kenyataan yang antara lain menyebut Kashmir "ditawan dan dijajah".
Apabila catatan tweet mencapai angka sekitar 8,000 kumpulan naetizens lain, mungkin rakyat Malaysia, memutuskan untuk tidak lagi berdiam diri berhubung perkara itu dan membalasnya dengan #BoycottIndia.
Shafwan Shukor, dalam tweetnya berkata: "Wow #BoycottMalaysia trending! Hahaha. Impact ucapan Tun M dekat UN...mintak India dan Pakistan duduk semeje je, nego pasal Kashmir and Jammu.
Ia kemudiannya menyaksikan kebangkitan #BoycottIndia, yang mempertahankan Dr Mahathir.
Danian Mikhail pula dalam catatannya menyebut: "Malaysians stand united. #BoycottIndia.
Nunakash1 pula: "Terima kasih Malaysia yang bangkit menentang penindasan #SupportMalaysia #BoycottIndia."
Di tengah kekalutan hashtag boikot itu, beberapa netizens lain dilihat cuba menamatkan perbalahan itu, dengan menggesa kepada semua pihak supaya fokus kepada agenda lebih besar.
Sree Tharan, menerusi akaun Twitternya membuat catatan: "Daripada #BoycottMalaysia atau #BoycottIndia, boleh tak anda semua memboikot rasis? Boikot ketidakadilan? Boikot seks bawah umur? Boikot pemangsa seks? Boikot... pemburu haram? Boycott penggunaan plastik?
Tweet Reisa: "... anda semua seharusnya fokus kepada boikot mencuri dan merogol."
Wee Ka Siong dan isterinya Jessica membuang undi pada pemilihan parti MCA hari ini. Dia dijangka dipilih semula sebagai presiden MCA. (Gamba...
HIJAU.FM...
MALAYSIA KE ARAH PENYAMUN LGBT
Anwar akan membawa Malaysia untuk 'normalisasis' untuk LGBT dan Penyamun Wang Rakyat
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment