PAS dan UMNO Terengganu telah mengadakan pertemuan di Hotel Permai pada malam ini, yang mana melibatkan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti iaitu Dewan Harian PAS Negeri, Yang Dipertua-yang dipertua PAS Kawasan dan Ketua-ketua Bahagian UMNO Negeri.
Wakil PAS Terengganu diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Dato’ Hj Husain Awang manakala YB Dato' Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi UMNO Terengganu mewakili parti itu.
Perjumpaan penuh bersejarah ini membincangkan berkenaan kerjasama dan kesepakatan kedua-dua parti dalam merealisasikan Piagam Muafakat Nasional yang termeterai pada 14 September yang lalu.
Antara topik utama perbincangan ialah pembentukan Jawatankuasa Penyelaras PAS dan UMNO Peringkat Negeri Terengganu seramai tujuh orang daripada setiap parti.
Pertemuan ini turut menyentuh berkenaan Program Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) Peringkat Negeri Terengganu yang bakal diadakan pada 25 Oktober 2019 di Stadium Tertutup Negeri Terengganu.
Semoga hasil pertemuan dan perbincangan ini mampu memberi impak positif kepada rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Terengganu khususnya.
Didoakan juga semoga Allah mempermudahkan usaha murni ini yang akhirnya menatijahkan kesejahteraan kepada rakyat dan negara.
“Islam Memimpin Perpaduan”
Wan Sukairi Wan Abdullah,
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
2 Safar 1441H/ 1 Oktober 2019M
KUALA LUMPUR, 7 Disember - Rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Terengganu berhubung pertikaian melibatkan 10 lada...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment