NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kempen Beli Produk Muslim bukan perkauman


KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) kecewa dengan beberapa pimpinan politik negara yang mengaitkan kempen membeli barangan produk muslim sebagai isu perkauman dan agama.


Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahya menegaskan bahawa, kempen tersebut tidak bermaksud untuk memboikot produk dari pengusaha-pengusaha bangsa lain, malah ia juga tidak berkait dengan mana-mana parti politik sama ada parti kerajaan mahupun pembangkang.

Mengulas lanjut Aminuddin berkata, kempen tersebut bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

“Kempen berkenaan juga merupakan usaha bagi membantu pengusaha-pengusaha umat Islam yang selama ini tidak ada keupayaan kewangan untuk membuat pemasaran.

“Mereka juga tidak diberi ruang oleh pasaraya-pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka, ini menyebabkan tidak ramai pengusaha Melayu dapat kekal dalam perniagaan,” ujarnya.

Dalam masa yang sama katanya, terdapat lambakan produk tidak halal dalam pasaran yang diragui semakin membimbangkan dan ianya menyebabkan orang Islam tidak selesa kerana menjejaskan ibadah mereka.

Justeru itu, usaha itu adalah satu langkah bagi membantu orang Islam untuk mendapatkan produk yang diyakini dari segi kebersihan dan kehalalannya.

Sebelum ini, NGO UMMAH dan Koperasi Al-Hilal Berhad (KOHILAL) dilaporkan menggerakkan Kempen Membeli Produk Muslim kepada masyarakat Islam di negara ini. - HARAKAHDAILY 3/9/2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo