NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tembok perkauman pisahkan rakyat, gagalkan perpaduan




Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 15 Zulhijjah 1440H, Jumaat – Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman meluahkan kebimbangan terhadap keadaan negara hari ini, kerana dilihat sedang mengalami keretakan sosial yang teruk.

Walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan ke-62 tahun ini, beliau berkata, kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum semakin malap, bahkan menuju kemusnahan.

Malah, beliau menyifatkan kepercayaan sesama anggota masyarakat di negara ini semakin terhakis, sebaliknya hanya kebencian yang terus disemarakkan dalam kalangan mereka.

"Ini puncanya daripada acuan pembangunan masyarakat yang sejak awal sudah salah. Bahkan, keadaan yang dilihat hari ini juga disebabkan tiada dasar integrasi nasional yang jelas.

"Rakyat dipisahkan oleh tembok perkauman yang kukuh, sehinggakan tiada lagi rasa hormat antara satu sama lain," katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Abdullah Zaik menegaskan, kerenggangan perpaduan nasional hari ini juga adalah kesan daripada sikap tamak dalam kalangan pemimpin serta kelompok tertentu yang 'gilakan kuasa' tanpa mempedulikan kepentingan nilai kerukunan hidup bersama dan kepentingan kaum lain.

"Ini juga berpunca daripada wujudnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang memisahkan antara rakyat berbilang bangsa, yang melemahkan pelaksanaan dasar serta integrasi nasional.

"Sebenarnya apa yang dialami oleh negara kita sekarang amat berbahaya yang akan menjejaskan perpaduan dan keselamatan negara," katanya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/08/16/tembok-perkauman-pisahkan-rakyat-gagalkan-perpaduan/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo