NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tekad Cari Hidayah, 150 Mak Nyah Sertai Kem Ibadah



KEMAMAN, 21 Ogos - Seramai 150 orang 'mak nyah' dan 'gay' menyertai Kem Ibadah Golongan Mak Nyah Peringkat Kebangsaan 2019 yang dianjurkan oleh Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan bersama Persatuan Insaf Pahang.

Program yang berlangsung 3 hari 2 malam bermula 16 hingga 18 Ogos yang lalu, bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman, Terengganu bertujuan membuka ruang untuk mereka (Maknyah) memperbaiki diriya dan membuka peluang pekerjaan kepada golongan ini di samping ingin menyedarkan mereka bahawa masyarakat mengambil berat tentang mereka.

Pengarah Program, Dr Samsul Draman berkata, program ini bukan sekadar ingin menyedarkan golongan ini, tetapi menyedarkan masyarakat kita sendiri dengan mengubah mentaliti kita terhadap golongan ini.

Dalam pada itu, ingin melatih pelajarnya untuk berhadapan dengan golongan ini apabila mereka mula bekerja dalam dunia perubatan nanti.

“Golongan ini adalah masyarakat yang boleh berubah kembali ke normal, penyakit sebenar mereka ialah dari hati, jika masalah fizikal diberi makan ubat, penyakit ini perlu diubat ubat melalui hati.

“Hospital lebih fokus kepada penyakit fizikal, golongan agama fokus kepada hati, jadi kami integrasikan dua golongan ini bagi mengubati penyakit mereka ini.





“Ada dari mereka meluahkan berkenaan sikap doktor-doktor yang ada hari ini melayan mereka seperti sampah disebabkan latar belakangnya. Masyarakat kita melihatnya dari sudut negatif tanpa memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubunginya hari ini.

Tambah beliau, terdapat sesetengah jabatan yang membuat program seperti ini, tapi tidak mengambil langkah susulan selepas program, akhirnya golongan ini kembali ke tempat asal mereka.

“Kita dapati terdapat beberapa jabatan yang mengadakan kem pemulihan ini, itu bagus, tapi tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka (Maknyah), akhirnya mereka kembali ke tempat asal kerana ingin dapatkan punca pendapatan, kita kena bantu merka secara keseluruhan.

“Setiap minggu kami akan adakan kelas mengaji di Indera Mahkota 2, pengajarnya bekerja secara sukarela. Kami sentiasa ‘follow up’ mereka supaya mereka tidak terjerumus dengan kegiatan songsang mereka sebelum ini.

“Kami juga bantu mereka dari segi kewangan dan juga kerohanian. Kita nak bagitahu mereka yang kita tidak tinggalkan mereka”.

Program ini merupakan program tahunan yang bermula sejak tahun 2011. Bilangan peserta semakin menaik dari tahun ke tahun, bermula dari 30 orang, kini mencecah 150 orang.

Menurut penganjur, pada tahun depan program ini akan dibuat di peringkat asia yang mana Malaysia akan mengetuai dan menjadi tuan rumah di mana mereka (penganjur) sudah ada pertalian dengan agensi-agensi ini di seluruh negara asia.

Program ini dikendalikan oleh 40 orang pelajar yang bekerja secara sukarela sepanjang program, 33 pelajar perubatan tahun empat UIAM Kuantan dan 7 pelajar dari USM.

Antara penaja dari agensi Kerajaan Negeri Terengganu pada program kali ini ialah Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Darul Iman Training Centre (DITC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Program ini juga mendapat kerjasama yang baik oleh pelbagai pihak antaranya ialah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, T-Fitrah, Yayasan Islam Terengganu dan banyak lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo