NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jadilah Rakyat Yang Sedar Diri, Jangan Hina Wira Agama




JADILAH RAKYAT YANG SEDAR DIRI, JANGAN HINA WIRA NEGARA

oleh: YB Brigadier Janeral Dato Najmi Haji Ahmad (B)

Kenyataan yang menganggapkan tentera makan tidur serta tidak pernah menembak adalah satu kenyataan yang AMAT menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tida k kira dari cabang tentera darat, Laut (TLDM) mahupun Udara (TUDM).
.
Ini menunjukkan individu berkenaan adalah seorang yang buta sejarah. Menampakkan belang sebenar sebagai individu yang tidak mengenang jasa para perajurit serta wira negara yang selama ini berkorban untuk keselamatan negara tercinta Malaysia dengan mempertaruhkan jiwa serta batang tubuh mereka.
.
Saya rasa kenyataan seumpama ini merupakan kenyataan bersiri yang dijadikan peluru untuk membangkitkan amarah orang Melayu bagi menilai sejauh mana tahap berfikir dan sensitiviti orang-orang Melayu.
.
Respons pantas dari eksperimen sebegini membolehkan mereka mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin tentang apa 'Do' and 'Dont's' sebelum mereka melancarkan serangan akhir menawan Malaysia dari sudut kuasa politik, ekonomi, budaya dan lain-lain.
.
Atas perkara yang demikian, dapat kita lihat sejak akhir-akhir ini mereka ghairah memilih perkara-perkara teras kekuatan Melayu / Islam untuk dijadikan sasaran.
.
Dalam keadaan sekarang, tanpa kita sedar serangan yang dilakukan secara jelas menunjukkan kuasa politik Islam dan Melayu telah berada dalam zon bahaya.
.
Jangan bermain api,
kelak membakar diri,
jadilah rakyat yang sedar diri,
Kita hidup aman harmoni.
.
YB Brigadier Janeral Dato Najmi Haji Ahmad (B) ialah ADUN Kupang

Sumber: https://www.facebook.com/1158463144284936/posts/1663637953767450

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo