NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dap Mahu Politikkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan?



DAP MAHU POLITIKKAN PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN?

Mufti Wilayah Persekutuan adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) (Seksyen 32 (1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993).

Kuasa Mufti Wilayah Persekutuan adalah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak (Seksyen 33 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993).

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah sebuah agensi yang berada di bawah bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dengan Mufti Wilayah Persekutuan adalah ketua kepada agensi tersebut.

Semua urusan pentadbiran dan kewangan pejabat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diuruskan sepenuhnya oleh pejabat itu dengan mendapat waran peruntukan mengurus daripada Jabatan Perdana Menteri.

Apa hak, motif dan kesan yang timbul bila Menteri Kewangan membincangkan cadangan pengukuhan perjawatan organisasi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan secara terus dengan Mufti Wilayah Persekutuan sendiri?

Tidakkah perbincangan pengukuhan perjawatan organisasi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan oleh Menteri Kewangan akan dilihat sebagai cubaan DAP untuk mencampuri, mempengaruhi mahupun mempolitikkan pejabat itu?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo