NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Dap Dan Dong Zong


oleh: TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
12 Zulhijjah 1440 | 13 Ogos 2019

Ekoran sikap biadap DAP dan Dong Zong yang berterusan menggasak kerajaan untuk mengkaji semula keputusan penting yang telah ditetapkan, maka saya menuntut pihak kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Sikap biadap yang ditunjukkan oleh mereka pasti akan menjejaskan keharmonian kaum dan kestabilan politik negara.

Saya juga sangat bersetuju dengan kenyataan YAB Perdana Menteri semalam yang melabelkan Dong Zong sebagai rasis. Dong Zong bertegas dan hanya mahu pihak kerajaan mengikut telunjuk mereka. Oleh sebab itu, DAP akan mengemukakan sekali lagi usul untuk menilai kembali pelaksanaan khat dan tulisan jawi dalam mesyuarat kabinet esok (Rabu).

DAP dan Dong Zong memanipulasi sentimen perkauman dan gagal melihat isu ini daripada perspektif rakyat Malaysia. Contohnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan untuk meneruskan pengenalan tulisan khat dengan pengubahsuaian setelah mengambil kira kepentingan semua pihak, namun mereka tetap tidak bersetuju dan menganggap ini adalah agenda Islamisasi.

Terbaru, Ahli Parlimen Kluang (DAP) mengaitkan tulisan jawi dengan buku lucah sangat melampau. DAP hanya mencetuskan amarah orang Melayu Islam tanpa mahu memahami dengan jujur susur galur tulisan jawi yang merupakan sebahagian daripada warisan kepentingan negara. Sebelum ini juga, DAP juga telah menukar tulisan jawi di papan tanda sekitar Shah Alam dengan tulisan Cina.

Saya berpendapat inilah masa yang terbaik YAB PM mengambil keputusan drastik merombak kabinet dan menggugurkan mana-mana menteri yang tidak mahu mempertahan keputusan rasmi kerajaan dan mementingkan kepentingan rakyat Malaysia. Kerajaan juga mesti mengambil tindakan tegas terhadap Dong Zong yang sengaja bermain sentimen perkauman untuk menjejaskan keharmonian kaum.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN ialah Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo