NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ada ejen luar pengaruh negara dalam isu Zakir Naik: Mapim


BANGI, 24 Zulhijjah 1440H, Ahad – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang mendesak kerajaan menghantar pulang pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik ke India.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, alasan Ramasamy bahawa Zakir Naik menyinggung perasaan bukan Islam di negara ini, hanya suatu dakwaan berdasarkan tafsir beliau.

"Zakir telah membalas bahawa pihak tertentu termasuk Ramasamy sengaja memutar belit ucapan beliau. Malah pendakwa itu sudah membuat kenyataan minta maaf secara terbuka bagi mereka yang tersinggung dan salah faham terhadap ucapannya.

"Ramasamy mendakwa '..Dengan ini bukan hanya saya tetapi ratusan dan ribuan rakyat Malaysia kecewa dengan keputusan Mahathir dalam keputusannya untuk biar Zakir Naik tinggal di negara buat masa ini.

"Tidakkah Ramasamy tahu ratusan ribu malah jutaan rakyat Malaysia menyokong Zakir Naik untuk terus dibenarkan tinggal di negara ini dan tidak dihantar balik ke India?" tempelak beliau dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Mohd Azmi hairan dengan tuntutan selektif Ramasamy terhadap Zakir Naik, sedangkan masih banyak kenyataan biadab oleh pihak tertentu mengenai kedudukan Islam dan Bumiputera yang tidak diambil tindakan oleh kerajaan.

"Kami melihat terdapat beberapa pihak tertentu di negara ini yang membawa agenda Kerajaan India untuk mempengaruhi Malaysia dalam isu Zakir Naik. Justeru, kami mengesa kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang menjadi ejen kepada negara luar.

"Mendesak Zakir Naik atas tuntutan BJP (Parti Bharatiya Janata) India untuk dihantar balik ke negara asal berbaur campur tangan luar ke dalam urusan negara," tegasnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo