NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siapa Dalang Kekecohan Yang Berlaku Di Masjid Ar-Rahman Parit, Melana Semalam?


oleh:Haniff Istiqamah
22 Julai 2019 | Melaka

1. Sebelum itu, saya mengajukan beberapa soalan kepada Sopi Wahab, geng-geng PAN (yang banyak salahkan PAS, tanpa bukti) dan macai/cybertrooper tegar Pakatan yang tidak ada Harapan sudah (PH).

2. Sebelum ini, ceramah Wanji di Negeri Melaka telah diadakan 13-14 Julai 2019 yang melibatkan 3 buah Masjid.

i. Daripada 3 Masjid tersebut, 1 Masjid yang dijadualkan di Ayer Molek terpaksa dibatalkan atas desakan orang ramai untuk menghalang Wanji berceramah kerana atas isu berat dan Mahkamah telah jatuhkan hukuman terhadap Wanji dibawah Akta Hasutan, namun ditangguhkan. Kenapa dan untuk apa Wanji diberi ruang tersebut?

ii. NGO UMMAH, orang awam dan Parti-Parti Pembangkang juga telah membuat lebih 50 laporan Polis, untuk membantah Ceramah Wanji. Kenapa ceramah ini masih diteruskan?

iii. Adakah dengan Jawatan sebagai YB ADUN merangkap Timb. Pengerusi MAIM Sopi Wahab, dengan mudah buat memohon tauliah khas kepada Wanji dan diluluskan dengan kadar segera?

IV. Adakah Sopi Wahab tahu, Wanji pernah 'diharamkan' untuk berceramah di seluruh Negeri Selangor atas penyampaian yang menentang arus agama dan menghina Sultan Selangor?

Persoalan-persoalan ini, perlu dijawab oleh individu atau kumpulan yang beria-ria sangat menganjurkan Ceramah Wanji di Masjid-Masjid di Negeri Melaka.

3. Rakyat diluar sana, jangan terpengaruh dengan sebaran FITNAH kununya PAS & UMNO ini mencetuskan KEKECOHAN, dikatakan 'terrorist' dan bermacam persepsi buruk yang berlaku semalam. Maklumat dari, pihak pembangkang dan orang awam, mereka telah membuat laporan dan prosedur yang betul bagi menghalang Wanji untuk berceramah yang menjadi kerisauan masyarakat dalam penyebaran tidak baik, hasutan dan pemkiran yang merosakkan ummat. Namun, ceramah tersebut diteruskan juga atas arahan YB PAN yang menyebabkan berlaku kekecohan dalam Masjid. (Selebihnya, boleh rujuk, poster beberapa hujah kenapa Wanji perlu dihalang untuk berceramah).

4. Saya, anak muda dan rakyat Negeri Melaka harap perkara ini tidak berulang lagi. Teguran kepada YB yang ada kuasa dan jawatan. Tidak sepatutnya, menggunakan kuasa mereka tanpa mengabaikan desakan rakyat dan membawa penceramah yang membawa masalah kepada Ummat. Selain itu, AJK Masjid dan pihak berkuasa juga perlu mengambil peranan penting, bertegas agar memberi perhatian dalam isu-isu masyarakat dan jangan hanya mengikut arahan yang bertentangan dan tahu perkara ini akan membawa kekecohan seperti yang berlaku semalam. Jawatankuasa disiplin salah guna kuasa perlu dibentuk, bagi memantau perkara ini.

5. Akhir sekali, saya berharap pihak-pihak yang cuba membuat persepsi buruk terhadap Parti Pembangkang UMNO/PAS perlu hentikan. Saya yakin, isu ini tidak timbul, sekiranya Wanji tidak dibenarkan untuk berceramah dan mengambil kira desakan orang awam. Harap YB tersebut, muhasabah dan ambil iktibar agar perkara ini tidak berulang.

Sekian, terima kasih.


https://www.facebook.com/100003962178459/posts/1461897793952279

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo